GAZEBO

Gazebo mempunyai tarikan yang tersendiri. Ia menjadikan ruang laman kelihatan lebih menarik dan indah. Tetapi tahukan anda Gazebo memerlukan kos yang tinggi dan mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya. Struktur Gazebo memainkan peranan yang penting dalam menaikkan lagi seri Laman anda.

Tiang mempunyai tugas yang khusus untuk menjadikan rangka lebih kukuh untuk menahan bebanan di atap. Kebiasaannya material yang dipilih memainkan peranan yang penting dalam menentukan kos pembinaan Gazebo. Sekiranya bumbung yang dibuat menggunakan genting tanah liat tiang haruslah mempunyai daya ketahanan untuk menampung bebanan atap.

Perancangan sebelum membina Gazebo

Dalam membina Gazebo di Taman atau di belakang rumah memerlukan penelitian dalam memilih material. Sebelum mebina anda perlu memilih reka bentuk yang sesuai untuk kediaman anda berdasarkan keluasan agar tidak merosakkan suasana laman menjadikannya nampak sempit. Anda boleh memilih pelbagai design yang sesuai di laman carian google.com dan yahoo.com. Anda boleh menyesuaikan rekabentuk yang ada dengan laman anda. Anda juga boleh melukis design Gazebo sendiri yang bertetapan dengan keinginanx


Selepas itu, anda perlu mencari tukang kayu yang mampu membina Gazebo yang dikehendaki berdasarkan bajet anda.  Kebiasaan tukang kayu akan menerangkan spesifikasi yang dikehendaki untuk membuat Gazebo dan kos yang diperlukan berdasarkan design anda. Anda juga boleh memilih untuk mebina sendiri. Anda dapat mengurangkan kos upah membina Gazebo.Anda boleh meminta bantuan dari keluarga untuk membina sendiri.   

Setelah Gazebo siap, anda boleh menambah kemasan dengan menggunakan varnis untuk menaikkan lagi serinya. Antara design2 Gazebo.





Call /Whapsapp :
013-7741308/ 010-2759488

Comments

Popular posts from this blog

DESIGN RUMAH

Partition